Aku DaN Dia in MeMory....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label luahan hati aku. Show all posts
Showing posts with label luahan hati aku. Show all posts

x sabar

Salam smua

dah lamkan x bern3 almaklum la banyak sangat aktiviti cui skolah kali ni...
N3 ni just nak cakap x sabarnya menunggu 21/12/2009
kerna..tarikh ini aku telah

  1. menjadi isteri kepada mohd suhaimi bin zakaria
  2. aku berjaya melayari kehidupan bersama selama setahun
  3. aku menamatkan kisah duka aku bersamanya
  4. aku membuatkan dia menangis kegembiraan
  5. aku terpaksa membuat keputusan yang aku rasa paling mencabar dalam hidupku...
Skarang ngah pk apa yang aku patut buat untuk sambut ulang tahun kami...ada cadangan tak..
aku harap ianya berjalan ngan lancar...tu jer la n3 yang pendek tapi bermakna

da...daa

--beNgaNg

Salam smua...

asyik-asyik kena marah..asik-asyik kena wak tu la wak ni la..smua kita buat tak kena..sakit ati betul la...macam la dia sorang yang perfect.tahu la dia berkuasa.kalau dia tu bagus sangat napa smua orang kat sekeliling ni x suka dia...napa tolong cakap...

Citanya cam ni tadi masa ngan jaga periksa Sains..ada la seorang makhluk Allah datang tempat aku..masa dia datang tu sib baik aku ngah ajar n tgk budak kalau time tu aku duduk n marking kertas budak lagi parah...lepas tu dia siap bagi isyarat ngan tangan kat aku suh datang tempat dia dan antara dioalog

Orang tu: apasal awak pakai baju sukan ari ni?
Aku: tersenyum n tersipu-sipu diam
Orang tu: Kan minggu ni periksa pakai ler baju kurung
Aku: senyum dan sengih jer la..(dalam ati dh aku cikgu PJ pakai la baju sukan,biasa ok jer napa ari ni x leh lak) bengang la
Orang tu: diam dan terus blah..

Lepas tu aku pun p kelas kawan aku yang ngajar PJ gak n pakai baju sukan gak hari ni

Aku: Abot ada orang tu sound kau tak?
Abot: napa? x de pun
Aku:Bengang la aku dia sound aku suh pakai baju kurung,biasa ok jer
Abot: tah la apa yang salahnya kiakan cikgu PJK kawan aku mengiakan lagi..
Aku: X aci ni kau x kena sound aku lak kena..marah oii
Abot:Rileks la kaukan Ketua PAnitia tu sebab dia cakap kat kau suh inform kat aku
Aku: Ye la kau.Kau kan anak emas dia aku ni sapa la..(sedih he2)

Tu la perkara yang membuatkan aku bengan ari ni..maaf ek kat orang yang berkenaan

SeDih Bangat

Salam kengkawan...

Rasanya dah begitu lama aku menyepikan diri dalam dunia blog ni...tah la kadang-kadang kita meluahkan ikut mood kita kan..kalau kita rasa ok kita akan post mcm2 n3...malam ni rasa sangat sedih..kenapa?? biar la aku saja yang tahu kerna hanya aku yang tahu apa yang terjadi sbelum ni..

Kekadang aku terpk kenapa diorang tak dapat menerima kami sepenuhnya lagi...sedangkan sudah lama perkara ini berlaku..sudah banyak perkara yang aku lakukan untuk mengambil hati mereka..kenapa mereka asyik melihat kesalahan yang aku lakukan..kenapa kebaikan aku tidak dilihat olehnya....salah kah keputusan yang aku buat..kadangkala mereka tidak pk apa yang mereka lakukan membuatkan hati aku sakit...adakah smua ini salah aku?? tidak mereka terpk mereka juga melakukan kesalahan kepada aku.

Tidak ada orang yang nampak kesalahan yang dibuat..tah ler renunglah balik...moga ini menjadi pengajaran kepada diriku...aku menerima seadanya..

::INI MEMANG X ADIL::

salam smua kengkawan..

Nampak tak n3 kat atas marahkan???

Nak tahu x nape....ini gara-gara pengumuman yang menyatakan saguhati raya akan doberikan kepada kumpulan sokongan.....

Maka dengan secara automatiknya kami yang kumpulan profesional ni x dapat ler...
Napa nak banding2kan macam tu..kami pun keja...

Tadi kat bilik guru dah bengang...krani ngan slambanya cakap macam ni...

"Cikgu-cikgu DG29 nanti p tengok yer dalam bank sahuhati yang kerajaan bagi..

"Cikgu DG41 x yah tengok la dah confirm tak masuk...eeeeeeee bengangnya x adil...

Kengkawan aku yang gred macam aku smua bengang..macam kami ni disisihkan...
macam2 la dia bagi alasan kata kitorg gaji mahal..mana ada sama jer...padan la ngan gaji dah lama mana kitorang blajar....eee ini memang x adil..x puas ati betul la......tapi nak buat macammana dah tersurat dan tertulis slogan kerajaan "SAYA YANG MENURUT PERINTAH"
nak tak nak kena la ikut....walaupun ati ni sakit....

Ok la dah abih dah..daa...daa

BERBUKA POSA DI PD

salam smua kengkawan...

Sedih ar ari ni sejak aku bergelar isteri ari ni paling aku sedih sebab x dapat menyediakan juadah berbuka utk hubyku...nak buat camne demi tugas aku terpaksa meninggalkan huby..
Biasanya aku menyediakan makanan utk huby kerna sebelum ni aku masih lagi bercuti...skarang skolah dah buka maka aku di PD dan huby di KL...
Tadi masa nak berbuka aku call huby tanya dia kat mana...dia cakap kat kedai ciannya huby.Takpe la B nanti jumaat ni kita berbuka bersama...
Tadi aku berbuka ngan Cik Az dan Cik mus..mkan nasi goreng daging merah jer..tak tahu nak makan apa..ramai org kat kedai tu..lepas makan terus balik x de mood la memikirkan hubyku..
kenyangkah dia?berbuka di kedai kerna ku tahu hubyku lebih suka makan di rumah dari di kedai walaupun kitaorang makan ngan budu pun...
Takpe la skejap jerk..dalam 2 minggu lagi kitorang bleh berbuka di ampung plak kerna cuti raya..mmm bestnya x sabar rasanya nak tunggu ari raya sebabnya tahun ni raya pertama bergelar isteri...k lah x de mood la aku cau dulu..
daa..daa

~SUKA BANGAT>>>

Salam smua

Malam ni aku suka sangat...teramat suka dalam idup aku....
sebelum nikan aku ader post N3 ttg rindu kat ma...

Malam ni aku cuba gagahkan diri call ma...
aku trima ape saja yang akan ma cakap....mula2 tu takut...tapi aku kuatkan ati..
Mulanya aku call adik aku tanya ma ader ker x...
pas tu baru aku call ma...

salam ma....
sihat ker.....

ma jawab sihat...
aku dah dengar suara ma sebak....

aku mula nangis..aku cakap kat ma
ma....org (Bhsakan ngan ma) mintak maaf...
atas kesalahan yg org lakukan....
aku nangis dan nangis lagi....

ma cakap..dah ler benda dah jadi nak buat camne...
ma maafkan segala kesalahan yang aku lakukan..
ma ckp dia slalu doakan aku selamat...

aku cakap kat ma...tima kasih ma..
aku sayang kat ma..

ma pun cakap..balik ler umah
smu rindukan aku...'
dah lama aku tak balik...

aku cakap memang aku dah nak balik
aku rindu sangat kat smua
dah lama aku x tgk meka...(aku nangis lagi)

Ma tanya aku dak pregnent ker belum..
aku cakap belum lagi....
dia ingat dah...

Pas tu mula ler 2 branak ni bersembang panjang macam dah tak de persengketaan yang berlaku..seingat aku dah 3 bulan aku x balik umah...x sabar rasanya nak balik umah..

Ma,
tima kasih kerna sudi memaafkan anakmu
tima kasih kerna sudi menerimaku
aku sayang sangat kt ma...
aku suka sangat...
aku rindu sangat...
akhirnya aku berjaya menyejukkan hati ma....
yang aku bleh cakap aku teramat gembira malam ni...

Akhir skali ...tima kasih ma..aku berjanji dengan diri aku untuk tidak melukakan hati ma lagi...
tima kasih ma...muups